19 Disember 2010

NASI AYAM BEREMPAH


Selamat petang sume..............ngah watpe tu...hehehe
Petang2 lepas makan,tak bole nak lepak2 dan baring2 depan tv,nanti tertido.Tak elok untuk kesihatan....Jom layan menu tengaharai Liza nie yer.Walaupun dalam mood malas,sempat gak wat nasi ayam berempah kan....Oleh kerana yg memakannya tak ramai,setakat bedua jer,ssaje nak mentry buat sendiri.Sepatutnya kalo dah bdua jer yg makan,elok makan kat luar je kan...tapi tulah,saje nak mengasah bakat.Nak tunjuk terror,so buat jelah.........Resepi Liza ikut kat majalah MW 2009  punya.Jom tgok resepinya.




Bahan-bahan

  • 2 cawan beras basmati - dibasuh dan ditoskan
  • 1/2 ekor ayam - dibersihkan dan dipotong ikut suka
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • 1 batang serai - diketuk
  • sedikit kicap cair
  • garam secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit tuk mewarnakan nasi

Bahan-bahan rempah

  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil garam 
  • sedikit kunyit
  • sedikit garam

Bahan-bahan kisar
 
  • 4 biji bawang putih
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai


CARA-CARA UTK NASI

  1. Ayam digaul dengan bahan-bahan rempah dan bahan-bahan kisar dan diperap.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumiskan bawang besar.
  3. Apabila bawang telah layu, masukkan ayam yang telah diperap tadi. Goreng sekejap.
  4. Kemudian masukkan air secukupnya (3 cawan) dan serai ketuk.
  5. Masak sehingga ayam empuk.
  6. Keluarkan ayam dan masukkan air rebusan tadi ke dalam rice cooker.
  7. Masukkan beras dan garam secukupnya.
  8. Masaklah nasi seperti biasa.
  9. Ayam tadi dilumur dengan kicap,gaul dgn serbuk kari dan digoreng hingga garing.
  10. Baki air rebusan ayam tadi,ditambah air dlm secawan untuk dibuat sup.Perasakan dengan garam dan kiub ayam.Taburkan dengan bawang goreng daun daun sup.
  11. Boleh dihidangkan dengan sos.





BAHAN-BAHAN UTK SOS
  • 6tangkai cili merah - dikisar
  • 4 biji bawang merah - dikisar
  • 3 biji bawang putih - dikisar
  • 1 sudu kecil sos cili
  • garam dan gula secukupnya


CARA MEMBUAT SOS

  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga naik minyak.
  2. Kemudian tambahkan sos tomato dan sos cili. 
  3. Masak sehingga pekat. Kemudian masukkan garam dan gula secukupnya.




1 ulasan:

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails