START BERBLOG

Daisypath Anniversary tickers

7 Disember 2010

KERAPU ASAM MANIS DENGAN EPAL


Salam..............
Ni menu tengahari tadi .Baru sempat nak tepek kat sini....hehehe.Cuti2 begini,takde apa rancangan ,just dok lepak kat umah,dan sempatlah masak yg canggih2 sikit...selalunya time bz waktu bekerja,masak yg simple2 jer,sebab tu malu nak tepek kat blog nie.

Oklah,menu nie Liza dapat dari blog PERIUK TANAH ni.Memang menarik nak cuba sebab selalu masak yg biasa punya,yg nie letak epal......rasanya memang lain dari yg lain....Jom tengok resepinya .Time kasih pd empunya resepi.Liza minta halal tuk tepek resepi kat sini..







BAHAN-BAHAN

2 ekor ikan kerapu yg sedang2 saja.....
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan namphla

 **2 biji bawang merah, 1/4 labu bawang besar, 2 ulas bawang putih, sedikit halia, 1/2 biji tomato, 1 biji cili merah, 2 tangkai cili padi- **dikisar halus
karot, bunga kobis dan jagung muda-dipotong kecil
1 biji epal merah didadu kecil
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan




CARA-CARANYA:
  • Lumurkan ikan dengan garam dan 2 sudu besar tepung jagung. Goreng ikan hingga separa garing. Letakkan dalam pinggan besar. Ketepikan dahulu.
  • 3 sudu besar minyak gorengan tadi dan panaskan di dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga naik baunya. (3-5 minit).
  • Masukkan sos cili, 1/2 cawan air, sos ikan, dan sayuran termasuk epal yang didadu. Biarkan mendidih dan sayur lembut. Masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau rata dan tutup api. Tuang kuah ke atas ikan dan sedia dinikmati panas-panas.


PhotobucketPhotobucket

2 ulasan:

LinRosLy berkata...

Salam Maah Hijrah..

Sedapnya Kalau Dapat Makan Ni....

Naz berkata...

Salam maal hijrah liza.. Yummy..yummy... lapar perut ni...

JOM SKODENG KAT "KONGSI RESEPI"

Related Posts with Thumbnails