START BERBLOG

Daisypath Anniversary tickers

18 Disember 2010

KEK GULA HANGUS


Tak menjadi lobang2 dia...........


Baru sempat nak tepek menu tertunggak nie.Hari tu masa nampak kat rumah Hana,Liza wat jugak.Tapi lobang2 dia tak menjadi.Semalam wat sekali lagi.Liza peram 3 jam,saje nak tgok menjadi tak lobang2 dia cam sarang semut.Walaupun tak menjadi sangat,okaylah tu...janji ada gak lobang2 tu...hehehe.
Liza ikut resepi MyResipi Widad.
Kengkawan pun bole refer kat sifu2 masakan Mat Gebu,KakNor dll lagi yer.



Bahan-bahan -



1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camt soda bikarbonat
4 biji telur
2 camb mentega


Cara-cara
  • Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
  • Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
  • Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
  • Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
  • Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
  • Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
  • Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
  • Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
  • Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"
Bagai nak rak amik gambar dr pelbagai sudut,tapi lobang2 dia tetap cam tu......hahaha.Selalu kalo mak buat,cantik je lobang2nya menjadi......


Yang nie plak dari keratan rentas dia......still tak nampak comel lobang2 sarang semut tu......








3 ulasan:

LENDANUAR berkata...

kak liza..lenda selalu buat kek gula hangus ni.xyah peram2 pun.lubang tetap ader..rahsianyer ialah tuang air gula tu ketika panas dlm adunan tu...bukan ketika air gula tu dah sejuk....itulah rahsianya kak liza..cuba try & let me know after this..ok...

Lizahanum berkata...

la...ye ker lenda...kalo mcm tu,nanti akak try lagi....
padanlah tak jadi lobang2 dia,pastu penat je tunggu sampai 3 jam.....huhuhuhh

♥LOVE2COOK♥ berkata...

That cake is simply a mouthwatering one! Want few slices please ;)

JOM SKODENG KAT "KONGSI RESEPI"

Related Posts with Thumbnails