START BERBLOG

Daisypath Anniversary tickers

21 November 2010

ROJAK TAUHU & TEMPE

Salam petang Ahad.....

Dah lama rasanya Liza tak tepek menu masakan dalam blog ini.Maklumlah selama bercuti lama tu,selama tu gk dapur rumahku tak berasap.Asyik pi makan kat kedai jer.........hehehe.Busan plak dan lagi satu tak menjimatkan langsung.

Menu tengahari nie ,Liza masak sempoi jer.Masak Ikan Pari Bakar dan Rojak Tauhu Tempe nie jer.Malas nak pikir masak yg susah2............masak jelah ,janji perut kenyang....hahaha.

Jom layan gambar dan resepi yang ado nie..............






Bahan-bahan (2 orang )



3 keping tauhu -digoreng garing
3 keping tempe- digoreng garing
1 biji timun sederhana besar
Taugeh (ikut suke berapa banyak nak guna,Liza beli 50 sen jer)- dicelur
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi
secawan kacang tanah - Liza beli jer yg dah siap kisar kat kedai
5 susu besar gula
4 sudu besar kicap
5 sudu besar air
Air asam jawa ikut suke


Cara-cara
 
  1. Tauhu dan tempe di gaul dengan serbuk kunyit dan garam,pastu goreng dan ketepikan.
  2. Jerang air atas api hingga air didih dan barulah masukkan taugeh untuk dicelur.Letak sedikit garam.Angkat ,toskan dan ketepikan.
  3. Untuk kuahnya, Kisar bawang putih bersama cilipadi. Campurkan bahan kisar dgn gula dan masukkan kicap diikuti dengan air asam jawa. Kacau semuanya dan rasa.
  4. Sekarang hidangkan tauhu,tempe.taugeh dan timun yang dipotong kecil2  diatas pinggan. Siram sedikit kuah..dan taburkan dgn kacang kisar tadi... .selamat mencuba..





Tiada ulasan:

JOM SKODENG KAT "KONGSI RESEPI"

Related Posts with Thumbnails