TERIMA KASIH KEPADA KENGKAWAN YANG SUDI FOLLOW.LUV's U ALLZ...

Related Posts with Thumbnails

21 November 2010

PART 1 - CUTI2 DI OZ (DAY 1)

Assalammualaikum..................

Pepagi nie,Liza nak tepek n3 masa gi Aussie hari tu.Dah senggang sikit tanpa ada sesiapa yg ngacau,barulah berpeluang nak paparkan gambar yg sempat Liza snap masa kat sana hari tu.Seminggu gak kat sana dan memang seronok berjalan sambil wat keje (wat kejenya sikit,tp ronda2 yang banyak...hahahaha).Oklah,malas nak cite panjang2,tengok gambar jelah yer........

Dalam dok tunggu 8 jam dlm kapal terbang untuk mendarat di bumi Oz tu,sempat gak snap pemandangan di luar tingkap...busan punya pasal sbb selama 8 jam penerbangan tu,selama tu gak tak bole tido....huhuhu.Bosan tahap gaban..........................


Cantik sangat bumi Oz nie dr pandangan luar tingkap kapal terbang.......Luas sungguh bumi ciptaan Tuhan


Hari pertama jejakkan kaki ke sana,memang tak sangka,berlaku perkara yang buat mood happy Liza n hubby jadi bengang giler.Apa taknya,bagasi kami yang penuh dengan pakaian untuk tempoh tujuh hari punya (termasuk segala macam dari yg besar punya pakaian sampailah yg kecik) tak muncul2 dari tempat bagasi.Dekat 2 jam kami menunggu kat situ , tunggu punya tunggu sambil berdoa agar beg pakaian tersebut tak hilang.........apa yg dijangka memang berlaku,beg pakaian tak muncul2 dan kami anggap ada org terambil atau tersorok lagi dalam kargo barang kapal terbang.Kami blah dan lepas jer lalu kat bahgian pemeriksaan yg ada anjing,terus kami buat report kat bahagian pengurusan bagasi,bgtau yg bagasi kami hilang dan dekat 2 jam kami tunggu kat tempat beg,tak muncul2 sampai semua beg telah diambil empunya beg,beg kami jugak yang takde...Memang frust giler.Bengang pun ada,dahlah selama 8 jam perjalanan tu tak tido langsung,dengan kepala yang still pening sebab tak tido malam,pastu beg hilang...............huaaaaaaaaaaaaaa.Nak nangis kat situ gak sebab segala2nya ada kat situ.Dalam fikiran dah berkira2,sampai hotel,mandi2 dan pakai baju tu balik,pastu gi shoping apa yg patut...yang penting pakaian kecik tu yg wajib...........hehehe.Tak selesa pakai yg semalam punya..



Walaupun tengah bengang sebab beg hilang,sempat gak bergambar dan posing.............huhuhu

Pandangan dari balcony hotel

Sampai je kat hotel,mandi2 dan terus tido.Penat punya pasal dan sakit kepala fikir sebab semua baju takde,tido lagi baik.......hehehe.Lepas bangun tido nanti baru bercadang nak gi shopping compleks,pi beli baju yg patut.Tapi alhamdulillah,dekat2, pukul 5 ptg,manager yg bertugas kat airport tu tepon.....beg kami dah jumpa.Alhamdulillah.Selamat duit kami dari beli baju lain...hahaha.Manager tu kata, ada org terambik,tapi kami rasa bukan orang terambik,kalo terambik,mcmne bole lepas plak masa chek kat kastam tu...mesti beg tu still tersorok lagi kat dlm kargo kapal terbang,mula2 nak salahkan gaklah kakitangan penerbangan yg kami naik tu,kot2 tersilap masuk kapal yg gi tempat lain,tapi sib baik diorang jumpa beg tu....Takpelah,alhamdulillah ,dah jumpa balik beg nie pun dah kira bersyukur sebab takyah nak gi beli baju lain.....hahaha.JIMAT DUIT KAMI.



Kedai yang menarik di luar dan di dalam..........hahaha

Masa jenjalan pi cari makanan halal,sebab seharian tak makan,cuma makan maggi yang bawak dari M'sia tuk tengahari sebelum tido sampai petang tu,(tu pun sib baik beg makanan yg dibawa,Liza bawa masuk kabin,kalo tak kebulur giler...hehehe).Terjumpa satu kedai tu,memang happening sebab ramai yg masuk.Liza ajak hubby masuk tgok apa yg ada,kami dengan malu2,masuk gak sebab nak tau apa yg dijual kat situ...........hehehe.Memang menarik,kalo jual kat M'sia,memang kena tutup dah kedai nie.............hahaha



Alhamdulillah, dapat gak cari restoran halal walaupun makanan india.




Menu2 yang ada....................Harga sendiri mau ingat bile convert duit M'sia.Tapi sebab lapar punya pasal,lantaklah..............Janji kenyang perut...hahahaha


Briani Ayam dan Kambing


Lepas makan,kami ronda2 dulu kat kawasan sekitar.Melihat keindahan malam di situ di tempat orang.Sejuknya walaupun suhu lebih kurang 17 darjah celcius.Ala2 sejuk dalam aircond....hahaha.

Suasana malam di Oz



Lepaskan lelah dengan melepak depan kedai kraftangan

Oklah Liza stop dulu kat sini.Akan bersambung nanti.Sekian dulu,berita part 1 ini....nak gi wat breakfast....hahahaha




background

DAISYPATH

Daisypath Anniversary tickers

LABEL

INILAH KISAHKU (147) KUIH (31) ROTI (30) 2014 (19) IKAN (19) KEK (18) PHD (18) MEE (17) NASI (16) WESTERN (16) AYAM (14) TRAVEL (14) INILAH DUNIA (13) SAYUR (12) SEAFOOD (11) BISKUT (10) DESERT (9) PASTRY (9) GIVEAWAY (8) BUBUR (7) CUTI2 INDONESIA (7) DAGING (7) AGAR-AGAR (6) APAM (6) PAI (5) PEMENANG GA (5) APA2 SAJE (4) AWARD (4) I LUV ISLAM (4) PROMOTE BLOG (4) SUP (4) BENTO (3) CONTEST GA (3) CUCUR (3) GIFT SURPRISE (3) LAUK-PAUK (3) LAYAN FEELING (3) PUDING (3) SALAM MAAL HIJARAH (3) SENARAI PESERTA GA (3) TEKA TEKI (3) BEN ASHAARI (2) CERITA DUNIA (2) CONFERENCE (2) CUTI2 BANGKOK (2) GA RAMADHAN (2) JELLY KELAPA (2) JOIN GA (2) JUMAAT (2) KONGSI MAKLUMAT (2) LAGU (2) LEMPENG (2) PROMOSI (2) ROJAK (2) SALAM AIDILFITRI (2) SALAM RAMADHAN (2) SUKE-SUKI (2) TAUHU (2) TOMYAM STEAMBOT (2) UBI (2) VIDEO (2) WAFEL (2) WISH (2) 2011 (1) 2012 (1) 2013 (1) ANTIK (1) AWARD DARI E-NA (1) AYAT PELINDUNG DIRI (1) BENTO 1 (1) BERITA (1) BREAD MAKER (1) CINTA (1) CONTEST (1) CUCUR JAGUNG (1) CUTI MEMASAK (1) CUTI2 AUSTRALIA (1) CUTI2 GOLD COAST (1) CUTI2 MALAYSIA-Prt 1 (1) CUTI2 MALAYSIA-Prt 2 (1) EMAS (1) FOLLOWER BERTUAH (1) I'm BACK (1) INFO (1) JAGUNG (1) JAHITAN (1) JALAN2 CARI MAKAN (1) JEREBU (1) JUAL BELI (1) KACANG PHOOL (1) KEREPEK (1) KEROPOK LEKOR (1) KRAKER (1) LANGKAWI (1) LAWAK ANTARABANGSA (1) LUCU (1) LUMUT PANGKOR (1) MADAH CINTA (1) MAKAN TENGAHARI (1) MASAK N MAKAN (1) MASAK2 DAN MAKAN2 (1) MEJA KEJE (1) MOTIVASI DIRI (1) MUFFIN (1) MUFFIN PANDAN/BLUEBERRY (1) MURTABAK (1) MY HOMETOWN-JB (1) NUFFNANG (1) ONLINE SHOPPING (1) OPIS (1) PASTA (1) PAU (1) PIE (1) POPIA (1) PUISI IMAN (1) RAMADHAN (1) REHAT (1) RENUNGAN UTK DIRI SENDIRI (1) SATE (1) SERAM (1) SIHIR DAN PERDUKUNAN (1) SNACK (1) SOTONG (1) STOK (1) STUDENT (1) SUSHI (1) SWALE (1) SYUKUR (1) UDANG (1) doa (1) raya (1) salam aidiladha (1)