START BERBLOG

Daisypath Anniversary tickers

16 Oktober 2010

SUP AYAM

Salam......
Menu mkn malam semalam...Baru sempat nak tepek hari nie.Sup Ayam yg paling sempoi....hhuhu.Janji kenyang..Oklah,malas nak tulis panjang2...layan gambar jelah yer .Semua dah tau nak wat sup ayam kan....Tapi Liza tepek gak lah resepi sup ayam sempoi nie......hehehehe.






Sup Ayam

Bahan
3 ketul ayam bahagian paha dan dada ( di bersihkan dan dipotong kecil )
1 inci halia -ditumbuk halus
2 biji bawang besar -ditumbuk
4 ulas bawang putih-ditumbuk
2 sudu besar serbuk lada sulah
1 bunjut rempah sup
bunga lawang
kayumanis
buah pelaga
garam, perasa
bawang goreng
daun sup ( dihiris)
daun bawang (dihiris)
air secukupnya

Cara
  1. Tumis bahan tumbuk, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga hingga wangi.Masukkan ayam, kacau dan masak sikit.
  2. Kemudian masukkan rempah sup bunjut dan air secukupnya. Masak hingga empuk.
  3. Sesuaikan rasanya dan hidangkan dengan bawang goreng, daun sup dan sambal kicap.



Tiada ulasan:

JOM SKODENG KAT "KONGSI RESEPI"

Related Posts with Thumbnails