17 Oktober 2010

PEDAL & HATI AYAM BLACK PEPPER

Salam.....

Menu tengahari tadi ala2 kampung yang sempoi....ermmm,ala2 kampung ker?Wateverlah,janji makanan yang di masak nie mengenyangkan perut dan yang penting bole di bawa tuk makan malam pulak...hahaha.Kiranya masak banyak sikit tuk malam sekali,memang dasar malas nak masak 2-3 kali...huhuhu. 



Inilah menu tengahari tadi................


Ok,jom kite tengok menu satu persatu yer.....



PEDAL & HATI AYAM BLACK PEPPER




BAHAN-BAHAN

250g hati & pedal ayam - Liza rebus dulu dlm 15 minit.
4 ulas bawang putih -tumbuk
2ulas bawang merah-tumbuk
3 sudu besar serbuk black pepper
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
6 biji cili padi – ketuk bagi rasa "power" pedasnya
1  biji bawang besar - dihiris besar2

CARA:


  1. Hati pedal yang telah direbus di goreng sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan. 
  2. Dalam kuali yang sama masukkan bawang yg telah ditumbuk dan tumis sehingga naik bau.
  3. Bila bawang naik bau, masukkan black pepper dan air.
  4. Bila air dah mendidih, masukkan hati dan pedal tadi, cili padi ketuk, bawang yang dihiris besar2. Rasakan dengan  garam dan gula.
  5. Tutup api dan hiaskan dengan bawang goreng.


Pastu lawannya plak :


SAMBAL GORENG SOO HOON



Bahan:

Soo Hoon, di rendam -di potong pendek2
2 biji bawang merah- dihiris
2 ulas bawang putih-dihiris
4 tangkai lada merah-dihiris
Kacang buncis - 4-5 tangkai dihiris serong2
3 biji kentang dipotong kecil2 dan digoreng dulu
2 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa
1 kiub perasa ikan bilis
Bawang goreng untuk hiasan

Cara :
  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah & bawang putih sampai harum.
  2. Masukkan cili merah , kiub ikan bilis dan tambah kicap.Biarkan seketika.
  3. Masukkan kacang buncis dan masak sampai kacang buncis tu masak sikit.
  4. Letak air sedikit agar tidak hangus dan masukkan soo hoon.
  5. Tambahkan garam  dan akhir sekali baru masukkan kentang yg telah digoreng dulu.Gaul biar sebati dan bila dah masak,tutup api.
  6. Angkat, tabur dengan bawang goreng sebagai hiasan.


Pastu ada lagi lauknya :


TELUR DADAR MAYONIS
(konon2 ikut kat iklan Sheila Rusli tu yg goreng telur dadar letak mayonis....hehehe.Tapi memang best ,rasa lembut,gebu dan lemak.)






BAHAN (paling sempoi dan mudah)
3 biji telur ayam gred A
2 sudu besar mayonis
3 ulas bawang merah kecil - dihiris halus
2 tangkai cili merah dihiris halus
sedikit garam
sedikit minyak-tapi Liza guna kuali yang tak lekat,jadi tak perlu letak minyak.

CARA:
Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul seketika,masukkan semua bahan dan gaul hingga sebati.Tuang bancuhan telur tadi dalam kuali yang telah dipanaskan.Balik-balik kan telur dadar sehingga masak.Jika sudah nampak garing tutup api,siap untuk dihidangkan. Pastu Liza letak sesudu mayonis atas telur dadar tu sebagai hiasan.....


Dan lauk terakhir sebagai ulaman tuk kesihatan:







 



1 ulasan:

  1. Salam perkenalan,yea..

    Rajinnya Liza masak...nampak simple tapi sedap.Tengok gambar pun dah terliur.

    Baru saya tau letak mayonis tu boleh jadi gebu ye telur dadar...terima aksih kongsikan.

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails