START BERBLOG

Daisypath Anniversary tickers

19 Oktober 2010

MEEHOON GORENG TAUCU

Salam pagi Selasa.....

Ermmm....wat kengkawan sume,dah bekfes ke blom......Pepun,selamat bekfes yer.Oklah,baru pagi nie berkesempatan nak tepek menu buke semalam.Ketinggalan sikit Liza nie,org lain dah tepek dah menu bekpes pagi nie,Liza baru nak tepek menu semalam punya...Hahahaha.Takpe kan,sendiri punya blog sendiri punya letaklah kan...kekekeke.Oklah,malas nak tulis panjang2,jom kite layan gambar dan menu yang sempoi dan mudah sebab bahan2 yang ada pun ikut apa yg ada dlm esbok.......hehehe





Bahan:

250g mee hoon direndam hingga lembut
2 ulas bawang putih-ditumbuk
2 biji bawang besar-ditumbuk
50 g ikan bilis direndam dan ditumbuk
2 sudu besar taucu
5 sudu besar cili kisar
100g daginga ayam kisar
100 g mix vege
garam (kalau perlu) & gula secukupnya
1 btg carrot di potong sebesar btg mancis



2 btg cili merah-sebagai hiasan
bawang goreng-sebagai hiasan


Cara:
  1. Tumis bawang putih & bawang besar yang ditumbuk hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar, kacau rata dan biarkan hingga garing. Masukkan ikan bilis tumbuk, daging ayam kisar dan kacau rata.
  3. Masukkan taucu , biarkan seketika, masukkan perasa & garam jika perlu. 
  4. Masukkan mee hoon yang telah direndam tadi dan gaul hingga sebati dengan perencah..agak2 sudah sebati masukkan mix vege  dan  gaul hingga rata.
  5. Siap untuk dihidang.




Tiada ulasan:

JOM SKODENG KAT "KONGSI RESEPI"

Related Posts with Thumbnails