23 Ogos 2010

ROTI SARDIN GULUNG

Menu berbuka puasa tadi adalah paling sempoi Liza wat iaitu Roti Sardin Gulung,pastu HB mesti nak makan nasi...so Liza masaklah Daging Goreng Cendawan,Udang Goreng Mentega dan Kentang Tumis Air.Tapi menu nie memang anggaran untuk 2 org makan.So....ini merangkap menu tuk sahur sekali ...hahahaha.Sib baik HB tak banyak songel.....dia makan jer apa yg Liza  masak.Kalo cerewet dan banyak songel,memang konfem,suh dia plak masak.....hahahaha.Bole kan!!!




Bahan - bahan

10 keping roti
1 tin kecil sardin
bawang merah dan bawang putih (ditumbuk lumat)
1 sudu cili kisar/ cili giling
garam /perasa secukup rasa
tepung satu sudu campurkan dengan air.
serbuk roti
1 biji telur


Cara - cara
  1. Tumis bawang merah/putih/cili kisar sampai harum. Masukkan sardin kacau. Jangan terlalu hancur.
  2. Ambil roti , potong tepi yang warna coklat, gilingkan dengan  penggiling sampai penyek biar senang nak gulung nanti.
  3. Letakkan sardin kat tengah roti yang sudah digiling kemudian gulung.
  4. Lekatkan hujung roti supaya tidak terbuka dgn tepung yang telah dibancuh dengan air.
  5. Celupkan roti dengan telur dan golekkan atas serbuk roti
  6. Goreng sehingga keperang-perangan. Siap untuk di hidang

Inti sardin



Proses menggulung bermula


Siap gulung dan...................


Dah di makan pun............


Di bawah nie plak menu Daging Goreng Cendawan. Resipi main campak2 jer,so...malas nak letak resipi....Macam goreng sayur biasa cuma dalam nie ada daging yg dah direbus dulu........hahaha.Tengok gambar jelah yer......


Daging Goreng Cendawan








1 ulasan:

  1. Akak...bleh x nak resipi daging cendawan tu...hehehe...suka sangat cendawan....

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails