27 Ogos 2010

BISKUT TART BUNGA TERATAI

Salam.........
Cuti hari nuzul quran nie,Liza ada projek baik punya.......hehehe.Sempat buat  BISKUT TART BUNGA TERATAI walaupun buat sorang2.....huhuhu.Start kul 11pg tadi dan siap membakarnya kul 3 tadi...Pastu terus upload masuk blog nie.Jom layan resepi turun termurun dari mak Liza dan gambo yer.......


Tart Bunga Teratai


Bahan-bahan ( 150 biji )



325g mentega
1 cwn icing sugar
2 biji kuning telor
4 sudu besar kastard
3 sudu besar tepung jagung
1 cwn susu tepung
250gm tepung gandum - boleh di tambah jika adunan lembik
1 biji nanas di parut  atau kisar dan 300g gula dimasak bersama bersama nenas untuk membuat jem
Cawan kertas kecil


Cara-cara

  1. Mula - mula pukul mentega dan gula sehingga gebu kemudian masukkan telor satu persatu dan di pukul lagi.
  2. Setelah itu masukkan tepung kastrad di kacau lagi kemudian susu tepung di kacau sehingga semua sebati baru la di masukkan tepung gandum.
  3. Uli sehingga menjadi doh jangan terlampau lembut dohnya
  4. Canai doh ikut ketebalan yang dikehendaki.Jangan terlalu tebal dan terlalu nipis.
  5. Cetak dengan acuan bungai teratai.Letak jem dan masukkan dalam cawan kertas.
  6. Setelah siap semuanya, bakar selama 20 atau 25 minit
  7. Selamat mencuba


Adunan doh yg siap diuli......


Inilah dia rupanya masa menekan doh dengan acuan bunga teratai


Dapatlah beberapa loyang...dlam 150 biji



Siap dibakar....
Tunggu masa untuk makan masa buka nanti...hahahaha








PhotobucketPhotobucket
  
 

3 ulasan:

  1. Salam kak,salam kenal nak tanyer akak, kalau tart ni dbuat gulung boleh tak? sbb tgk ada letak byk susu tepung mesti lemak2 gitu, kalau adunan biasa2 ni tak byk sgt letak susu tepung kan? kita suke tart yg lemak2 susu gini :D

    BalasPadam
  2. wsalam ija......salam perkenalan ....adunan nie boleh di buat gulung,lagi nampak cantik sebab bile masuk je kat mulut,cam cair di mulut jer...hehehehe.

    BalasPadam
  3. Guna inti jem yang dah siap ya? dapat banyak jugak ya. :)

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails