31 Ogos 2010

AYAM MASAK MERAH & ACAR NENAS

Nie plak lauk yg dimasak tuk dimakan dengan Nasi Tomato.Ayam Masak Merah dan Pajeri Nanas yang memang Liza masak untuk dilawankan dengan Nasi Tomato.Menu berbuke pose semalam memang menu berat2....so jom layan gambor dan resepinya yer.....


Ayam masak merah







Bahan-bahan:(Sumber resepi : Majalah Wanita 2009-Edisi Raya)



1 cawan cili kisar
3 ketul ayam bhgn dada 
Sedikit halia
6 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 batang serai - dikisar
1/4 cawan tomato puri
Minyak masak secukupnya
Garam dan kunyit secukupnya
Gula secukup rasa
Kacang peas,daun bawang dan daun ketumbar sbg hiasan




Cara Menyediakan:


1. Ayam digaul garam kunyit dan digoreng hingga masak. Ketepikan
2. Keluarkan lebihan minyak dan tinggalkan secukupnya untuk menumis.  
    Tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan tomato puri dan kacau
     hingga naik minyak.
3. Masukkan ayam, garam dan gula, kacau rata dan angkat.Hiaskan dengan bahan hiasan yg telah disediakan.


Pastu lawannya plak..............




Pajeri Nenas


BAHAN ACAR NENAS :
(Sumber resipi: CMG...izinkan Liza copy paste yer Cik  Mat....TQ share.)

1 biji nenas, kupas dan hiris kecil
150 ml cuka makan
60 ml minyak masak
2 camca besar gula makan
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 biji bawang besar, belah 8
10 biji bawang merah, belah 2
2 ulas bawang putih, belah 2
5 biji buah keras*
3 cm halia*
2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
Sedikit belacan*(*dikisar halus)


CARA MEMBUATNYA
  • Panaskan minyak dan goreng bawang besar, bawang merah dan bawang putih hingga harum.
  • Angkat, tos dan ketepikan. Panaskan semula minyak dan tumis bahan kisar halus hingga harum.
  • Masukkan gula pasir, garam secukup rasa dan cuka makan. Masak hingga mendidih menggunakan api perlahan. Rasa dan jika ok matikan api.
  • Dalam satu bekas, masukkan nenas hiris tadi, bawang2 yang telah ditoskan dan belahan cili merah/hijau. Tuang bahan yang dimasak tadi dan gaul rata. Biarkan ianya 3 jam sebelum dihidangkan.
  • Hiaskan dengan bawang goreng dan daun ketumbar.


PhotobucketPhotobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails