4 Mei 2010

NASI MENTEGA + AYAM RENDANG+UDANG GORENG

Oklah,nasi mentega nie dimasak pada hari Ahad hari tu.Baru hari nie sempat update.Dimakan bersama rendang ayam  dan udang goreng berempah....So,meh layan gambar2 yang sempat di snap through my camera yang cokia punya...hehehe

Nasi mentega...nampak cam nasi biasa sebab tak berwarna kuning mentega ...huhuhu

Nasi Mentega

Bahan-Bahan:
2 cawan beras (basuh dan toskan)
3 cawan air
¼ cawan kismis
4 sudu besar mentega
1 biji bawang besar (dicincang)
2 kuntum bunga cengkih
1.2 sm kulit kayu manis


Cara:
Panaskan mentega dan tumis bawang hingga kuning. Masukkan beras serta kacau kira-kira 3 minit. Tuangkan air, tutup dan biarkan sehingga kering airnya. Bila nasi telah tanak, masukkan kismis, kulit kayu manis dan bunga cengkih. Hidangkan dengan  bawang goreng diatasnya.




 Rendang Ayam


Rendang Ayam-ikut resipi mak...hehehe
1/2 ekor ayam-dipotong ikut suka

Bahan2 digiling:-
@ 5 ulas bawang merah
@ 2 ulas bawang putih
@ 10 biji cili api
@ 10 tangkai cili kering
@ 1 inci halia
@ 1 inci lengkuas
@ 1/2 inci kunyit hidup


2 batang serai dititik
2 helai daun kunyit dihiris halus
4 helai daun limau purut dihiris kasar
2 cawan santan pekat
1 peket kerisik
Garam, gula dan serbuk perasa (ikut suka)


Cara-cara

1.Masukkan ayam dan bahan giling dan serai- perap lebih kurang 1 jam. 2.Masukkan ayam ke dalam kuali. Masukkan santan dan masak hingga mendidih. Masukkan daun limau, daun kunyit, kerisik dan garam. masukkan juga perasa dan gula jika suka.
3.Masak ayam hingga empuk dan agak pekat. Sedia dimakan dengan  nasi mentega



Udang goreng berempah (resipinya paling simple dan mudah-gaulkan udang yang telah dibersihkan dengan serbuk kari,serbuk cili dan garam secukup rasa.Pastu goreng dalam minyak yang sedikit dalam kuali.......)


Tadaaaaa......nasi mentega+rendang ayam +udang goreng berempah= kenyang tahap gaban...hahahaha





2 ulasan:

  1. nasi butter ni teramat senang nak masak kan...tapi kita ni asyik pemalas nak pi masak lauk pauk dia...tapi yr set nih sungguh menggoda imanku;)

    BalasPadam
  2. betul tu yat...nasi butter tu senang...yang malasnya nak masak lauk pauk dia jer.....anyway,tq.

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails