12 April 2010

UDANG MASAK LEMAK CILI PADI

Baru malam nie berkesempatan nak updated blog.Resipi untuk tengahari Ahad nie,Udang Lemak Cili Padi. So, nak jugak tepek resipi sendiri untuk di kongsi bersama.Tengah rajin ada jelah apa yang nak dimasakkan pada tengahri minggu nie. Lepas makan dan perut dah diisi penuh, petang tu jalan-jalan menyejukkan badan di shopping complex.Saje2 mencuci mata....dan yang penting walaupun just jalan2 keliling compleks tu,kiranya exercise gaklah tu....hehehehe





BAHAN-BAHAN ( 2 orang )



20 ekor udang sederhana besar, dibersihkan dan buang kepala(tak suke makan kepala sebab masih belajar....hehehe,nanti tak bijak)
2 biji tomato, dibelah 4
1 biji kelapa, diparut (ambik santan-saya beli kat pasaraya yg dah ada jual santannya,senang)
Garam dan gula secukup rasa
1 helai daun kunyit, dikoyak2



BAHAN DIKISAR HALUS
2 biji bawang merah besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili hijau
10 tangkai cili padi
Belacan sebesar ibu jari


Cara-cara

Masukkan udang yg telah dibersihkan ke dalam periuk. Masukkan bahan2 kisar dan masak atas api perlahan utk 5 minit. Tujuan untuk mengecutkan udang bersama rempah. Matikan api.


Tuang 1 cawan air dan tuang separuh dari santan.

Hidupkan api kembali.Bila mendidih, masukkan tomato, biarkan mendidih dan tuang santan pekat, masukkan  daun kunyit, biar mendidih dgn api sederhana sambil dikacau selalu supaya tak pecah minyak.


Perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
 
(Masak lemak saya nie bewarna kehijauan sebab guna cili hijau dan cili padi hijau....Tak suke letak kunyit,nanti warna kuning...heheheh)
 
Pastu, untuk menyedapkan tekak lagi dilawankan dengan...........seperti gambar di bawah...hehehe
 
Full set menu tengahari Ahad.......dan di bawa sampai ke malam kerana hanya 2 orang je yang makan...hehehhehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails