18 April 2010

AYAM MASAK MERAH

Menu tengahari Ahad tadi,buatlah ayam masak merah.Saje nak menghaniskan stok ayam yang dah dibeli 5 hari lalu...huuhu.Tapi hari nie takdelah masak menu spesel.Sebab ayam masak merah nie dilawankan dengan nasi putih biasa dan lauk sayur jer.Simple dan mudah.....Janji mengenyangkan perut...huhuhu.


Ayam Masak Merah



Dari sudut pandangan atas...hehehe



Pandangan tepi plak.......saje bagi nampak sudut pandangan yang berbeza.....hehehehe


Bahan-bahan ( 2-4 orang )

1/2 ekor ayam
sedikit garam kunyit


## Bahan-bahan kisar ##
4-5 biji cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan susu cair


## Bahan Hias ##
bawang goreng dan daun ketumbar



Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak .Angkat dan letak tepi.
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam yang dah di goreng tadi. Campurkan susu cair.Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat , padamkan api.
  5. Hias dengan bawang goreng dan daun ketumbar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails