4 Mac 2010

PUDING ROTI BAKAR

Untuk aktiviti hari nie plak, aku buatlah puding roti bakar....Terliur nak makannya bila terlihat dalam blog Kak Ct-"Dari Dapur CT"
Oleh kerana kat umah nie takde kukusan yang boleh muat loyang, aku cuba buat lain dari kat CT punya.Kak CT punya puding kukus,aku punya puding...bakar..jadi aku ubah sikit resipinya dari kak CT

Resipinya adalah seperti dibawah:

Bahan-bahan


12-14  keping roti gardenia(takyah buang kulit tepi)
1/2 tin susu cair- atau sesiapa nak guna santan pun boleh(1 kotak santan )
2 biji telur - dipukul ringan
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
sedikit garam

Cara-cara
  1. Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu serta garam .
  2. Masukkan roti biar serap dengan adunan tersebut an biarkan selama 15 minit supaya roti kembang.
  3. Susunkan roti tersebut satu persatu dalam loyang hingga abis dan tuang lebihan susu tersebut diatasnya.
  4. Bakar 20-30min pada suhu 200 guna api atas bawah. Kemudian sejukkan


Inilah bentuk rotinya yang telah di susun dalam loyang sebelum dibakar.Aku tak letak pewarnan sebab tak sempat nak beli,Jadi puding aku warna putih jer...Suci dan bersih...haahahaa.


Inilah hasilnya setelah siap dibakar.Memandangkan pudingku ini berwarna putih, so nampaklah yang terhangus diatasnya.....sib baik tak hangus semua...hahaha.


Pandangan dari sudut tepi.....hehehe




Dan inilah hasil puding roti bakar ku yang telah siap dipotong dan masuk ke perut...Siap bagi lagi kat jiran sebelah umah...Rezeki yang dibuat perlu di kongsi bersama...Barulah bertambah pahala puasa...hahaha.

Terima kasihlah pada Kak CT kerana sudi berkongsi resepi nie dan saya ubah sikit untuk memudahkan diri. Janji berbaloi dan sedap di makan.....hehehe.Tak lah kempunan nak makan puding roti nie........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails