20 Disember 2009

LABU AIR MASAK SOO HOON




Ni pulak adalah masakan yang rebus-rebus je.Menu untuk orang yang berdiet.Takde tumis-tumis punya....Masak ketam tadi dah tumis-tumis,so untuk menu sayurannya pulak ,aku rebus jer.Memang dasar orang malas,nak cepat jer.Tapi oklah,walaupun malas tapi berbaloi untuk anak tekak dan perut anda......hahahahah.Tak caya,cubalah menu orang pemalas nie.

Bahan-bahan

Labu air sederhana besar- (dibuang kulit dan potong kecil-kecil)

1 peket soo hoon yang ada pucuk,tahu kering dan cendawan hitam (kat pasaraya ada jual )- direndam biar kembang

Bawang merah -2 biji di potong dadu

Bawang putin-2 ulas di potong dadu

3 batang cili merah - dihiris halus untuk hiasan

1 sudu teh serbuk lada putih

1 kiub kecik perasa ikan bilis

Secubit garam

Cara-cara
  1. Rebus air dalam periuk kecil lebih kurang 2 cawan air bersama labu air dan bawang yang dipotong dadu tadi .Biar hingga didih.
  2. Masukkan serbuk lada putih dan kiub ikan bilis .
  3. Masukkan soo hoon yang telah direndam.
  4. Biarkan seketika dan perasakan dengan garam
  5. Tutup api dan hidangkan kedalam pinggan dan di mkan bersama ktam berlada tadi.

InsyaAllah,menu orang malas yang macam saya nie,memang berbaloi.Rutin harian yang memerlukan banyak masa sebagai seorang pelajar,tapi skill memasak tu kena di praktikkan.Walaupun tak terlawan masakan chef-chef terkenal tu,janji boleh mengalas perut dan ada juga orang yang puji...Sodappppp............hehehehe

KETAM BERLADA








Assalammualaikum.....
Hari minggu nie memang takde perkara penting yang nak buat sangat.So,untuk menu tengahari,rasa-rasanya apa yang ada dalam peti ais tu,itulah yang aku masak untuk lunch hari ini.Memang tak dinafikan yang aku nie kalau bab-bab masak memang malas,tapi kerana perut perlu diisi,apa lagi masaklah jugak.Ikut resepi sendiri.Main agak-agak je bahannya,janji boleh dimakan...hahaha
Bahan-bahan (2 orang makan)
Ketam bunga - 4 ekor (di buang kulit keras dan belah 2)
Cilir kisar - 4 sudu besar
Bawang merah - 4 biji di potong dadu
Bawang Putih - 2 ulas dipotong dadu
Santan pekat - 1 cawan
Cili sos & tomato sos - 2 sudu besar
Garam & Gula - ikut suka
Minyak utk menumis
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah,bawang putih dan cilir kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan ketam dalam kuali dan gaul hingga sebati.
  3. Masukkan sos cili,sos tomato seta perasakan dengan garam dan gula.
  4. Akhir sekali masukkan santan pekat.Gaul hingga sebati dan ketam masak sepenuh.
  5. Hidangkan kedalam pinggan dan hias ikut kesukaan anda.(Kat sini memang tak sempat nak hias,letak atas meja terus je mkn dgn nasi panas-panas....fuyoooooo...)
Selamat mencuba masakan orang yang malas macam saya nie.....Anda pasti puas hati dengan masakan anda sendiri.Heheheh...

17 Disember 2009

MAAL HIJRAH


Salam Maal Hijrah


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1431 H
: : Kullu Aam Wa Antum Bikhair : : kepada seluruh umat Islam.

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini kita dapat memperbaiki amalan kita supaya menjadi yang terbaik daripada sebelumnya. Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Sesungguhnya ketika tibanya tahun baru hijrah mengingatkan kita kepada sejarah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Kota Madinah...
Renungkanlah : "Kita Semakin Hampir Dengan Penghujungnya,Apakah Kita Masih Seperti Semalam ".............
Wassalam.

CENDAWAN GORENG CILI KERING

lizahanum@blogspot2009

Ini lagi gambar lauk yang dicuba pada minggu lepas hari minggu.Cuma baru minggu nie berkesempatan menempeknya disini.Saje nak lepaskan rasa tension selepas memerah otak menulis untuk kerja-kerja seorang pelajar....huhuhu.Tapi sorrylah sebab amik guna kamera yang tak jelas.Nak beli kamera SLR tak mampu lagi...hahaaha..
Bahan- bahan :
Cili kering 10 btg (rendam dan dipotong-potong kecil)
Bawang merah 3 biji- dihiris halus
Bawang putih 2 ulas- dihiris halus
Perasa ikan bilis 1 cube
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar air
Secubit garam-ikut suke
Cendawan tiram 1/2 kilo
Cara-caranya:
Memandangkan aku nie suka benda yang ringkas dan cepat,so aku main masukan je semua bahan untuk ditumis....hehehe
1. Panaskan 3 sudu besar minyak masak(jgn guna byk minyak utk menumis),masukkan bawang merah dan putih yang dihiris diikuti cili kering yang dipotong tadi.Tumis hingga masak
2.Masukkan sos tiram beserta perasa ikan bilis air.Jangan lupa secubit garam ikut kesukaan dan selera anda.Kalau bole jgn letak byk sebab sos tiram dah ada perasa garam.
3.Akhir sekali ,barulah masukkan cendawan.Tuang dalam mangkuk dan boleh dihidangkan untuk dimakan besama-sama lauk yang lain..
.
Cubalah yer.....masakan orang yang malas dan nak cepat siap....janji boleh dimakan...hahahah

MASAK KARI IKAN MERAH

lizahanum@blogspot2009




Kari ikan nie plak,aku main ikut hati aku je bahan-bahannya.Tapi okaylah hasilnya,memang berbaloi.
Bahan Utama:
4 keping daging ikan merah
1 cawan santan pekat
1 camca besar jus pekat asam jawa Adabi
4 biji bendi
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Serbuk kari ikan Adabi

Bahan Yang Dihiris dan ditumis :


(aku nie pemalas,jadi malas nak kisar-kisar)

2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1 camca teh halba campur
8 ulas bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2 tangaki daun kari

Cara membuatnya :



1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan2 yang dihiris hingga harum,(aku main masukkan semua bahan-mudah dan nak cepat) masukkan serbuk kari dan tumis hingga terbit minyak.
2. Tuang air secukupnya. Bila mendidih, masukkan bendi dan ikan, masak hingga bendi lembut. Tuang santan dan masukkan jus asam jawa. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.

SAMBAL UDANG BESAMA PETAI

izahanum@blogspot2009


Assalammualaikum....sebenarnya dah lama nak upload gambar-gambar masakan yang dimasak time tak banyak keje.Tapi baru sekarang berkesempatan untuk tepek this picture kat sini.(maaflah mutu gambar tak cantik sebab diambil dari cokia hset...hehehe.)Sebenarnya resepi ini diambil dari resepi Majalah Saji dan juga dari Mat gebu dan cuba dipraktikkan di dapur sendiri.Dan inilah hasilnya...hehehe.Kalau nak tau sedap atau tak...anda cubalah!!!!Bahan-Bahannya :


20 ekor udang sederhana besar
1/2 cawan isi petai
1 biji bawang besar, potong bulat
1/2 cawan jus asam jawa
1/4 cawan cili kisar
1/2 cawan cili sos
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih
1 inci belacan*(*ditumbuk lumat)
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya :


1. Kupas udang, belah belakang dan buang uratnya, cuci dan toskan. Cuci isi petai dan tos. Ketepikan.
2. Dalam kuali, panaskan 1/3 cawan minyak. Tumis bahan2 tumbuk hingga wangi, masukkan cili kisar dan juga cili sos. Masak hingga terbit minyak. Masukkan petai dan jus asam jawa.
3. Bila mendidih, tambah udang dan bawang besar. Beri perasa secukupnya dan gaul hingga rata. Biar hingga udang masak dan sambal pekat sedikit. Matikan api dan alih ke dalam bekas sesuai...

12 Disember 2009

MUFFIN PANDAN/BLUEBERRY/

lizahanum@blogspot2009



Gambar kat atas tu(sorri,gambar tak cantik sbb snap tru my COKIA handphone) muffin yang dah siap untuk di makan....Kalo setakat aku je yang makan,memang tak larat.Takpe,akan jadi rezeki kengkawan yang ada di opis nanti...Murah rezeki diorang...heheheResepi yang aku guna untuk buat mufin ini adalah resepi dr seorang sifu yg aku panggil Ju ....Dia nie ada bukak kedai kek,jadi kerana dia tak kedekut ilmu,aku menuntutlah ilmu muffin nie dari dia....hahaha...Inilah hasilnya.
Bahan-bahannya( 18 biji mufin saiz besar)

  1. 300g tepung gamdum lagi halus

  2. 250g marjerin/planta/buttercup (gunalah yang mana suke)

  3. 250g gula icing

  4. 1/2 sudu teh baking powder

  5. 1/2 sudu teh soda bicabornat

  6. 1 sudu teh sponge mix (bole di dapati di supermarket/kedai menjual brg2 bakery)

  7. 4 biji telur gred A

  8. 2 sudu besar air

Cara-caranya

  1. Panaskan oven dengan suhu 180C

  2. Pukul gula icing dan marjerin hingga kembang (putih gebu)

  3. Masukkan telur perlahan -lahan sehingaa habis.

  4. Ayak tepung dan campurkan bersama baking powder + soda bicarbonat +sponge mix

  5. Masukkan kedalam adunan diikut dengan air.

  6. Masukkan perisa pandan/blueberry filling kedalam adunan.Kalau muffin pelangi,adunan tersebut dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk diletak dgn pewarna merah,hijau,coklat.....(ikut warna kegemaran anda)

  7. Letakkan dalam acuan muffin . Masukkan dalam oven dan bakar selama 20-25 minit.














NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails