START BERBLOG

Daisypath Anniversary tickers

20 Disember 2009

KETAM BERLADA








Assalammualaikum.....
Hari minggu nie memang takde perkara penting yang nak buat sangat.So,untuk menu tengahari,rasa-rasanya apa yang ada dalam peti ais tu,itulah yang aku masak untuk lunch hari ini.Memang tak dinafikan yang aku nie kalau bab-bab masak memang malas,tapi kerana perut perlu diisi,apa lagi masaklah jugak.Ikut resepi sendiri.Main agak-agak je bahannya,janji boleh dimakan...hahaha
Bahan-bahan (2 orang makan)
Ketam bunga - 4 ekor (di buang kulit keras dan belah 2)
Cilir kisar - 4 sudu besar
Bawang merah - 4 biji di potong dadu
Bawang Putih - 2 ulas dipotong dadu
Santan pekat - 1 cawan
Cili sos & tomato sos - 2 sudu besar
Garam & Gula - ikut suka
Minyak utk menumis
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah,bawang putih dan cilir kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan ketam dalam kuali dan gaul hingga sebati.
  3. Masukkan sos cili,sos tomato seta perasakan dengan garam dan gula.
  4. Akhir sekali masukkan santan pekat.Gaul hingga sebati dan ketam masak sepenuh.
  5. Hidangkan kedalam pinggan dan hias ikut kesukaan anda.(Kat sini memang tak sempat nak hias,letak atas meja terus je mkn dgn nasi panas-panas....fuyoooooo...)
Selamat mencuba masakan orang yang malas macam saya nie.....Anda pasti puas hati dengan masakan anda sendiri.Heheheh...

Tiada ulasan:

JOM SKODENG KAT "KONGSI RESEPI"

Related Posts with Thumbnails