17 Disember 2009

CENDAWAN GORENG CILI KERING

lizahanum@blogspot2009

Ini lagi gambar lauk yang dicuba pada minggu lepas hari minggu.Cuma baru minggu nie berkesempatan menempeknya disini.Saje nak lepaskan rasa tension selepas memerah otak menulis untuk kerja-kerja seorang pelajar....huhuhu.Tapi sorrylah sebab amik guna kamera yang tak jelas.Nak beli kamera SLR tak mampu lagi...hahaaha..
Bahan- bahan :
Cili kering 10 btg (rendam dan dipotong-potong kecil)
Bawang merah 3 biji- dihiris halus
Bawang putih 2 ulas- dihiris halus
Perasa ikan bilis 1 cube
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar air
Secubit garam-ikut suke
Cendawan tiram 1/2 kilo
Cara-caranya:
Memandangkan aku nie suka benda yang ringkas dan cepat,so aku main masukan je semua bahan untuk ditumis....hehehe
1. Panaskan 3 sudu besar minyak masak(jgn guna byk minyak utk menumis),masukkan bawang merah dan putih yang dihiris diikuti cili kering yang dipotong tadi.Tumis hingga masak
2.Masukkan sos tiram beserta perasa ikan bilis air.Jangan lupa secubit garam ikut kesukaan dan selera anda.Kalau bole jgn letak byk sebab sos tiram dah ada perasa garam.
3.Akhir sekali ,barulah masukkan cendawan.Tuang dalam mangkuk dan boleh dihidangkan untuk dimakan besama-sama lauk yang lain..
.
Cubalah yer.....masakan orang yang malas dan nak cepat siap....janji boleh dimakan...hahahah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails